Archive for August, 2009

Friday, August 14th, 2009

 

Zaman Renaissance

Zaman Renaissance merupakan satu sempadan antara zaman kegelapan dan pencerahan di Eropah. Bincangkan pengertian Renaissance dan sumbangannya di Eropah.

Pengenalan :

  • Latar belakang Eropah zaman gelap iaitu zaman tetutup dari sudut ekonomi,politik dan sosial serta pemikiran yang dikuasai oleh pihak gereja. Rakyat pula pada ketika itu terpaksa bergantung kepada golongan bangsawan.
  • Latar belakang Eropah selepas zaman gelap iaitu zaman berlku perubahan sikap dam membuka minda serta membawa fahaman baru.

Isi-isi :

Pengertian Renaissance :

  • Renaissance berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud pemulihan atau menghidupkan semula aspek kebudayaan dengan memberi penekanan terhadap pemulihan budaya meliputi aspek ilmu pengetahuan seperti sains, sastera dan seni klasik yang pernah menjulang Eropah sebagai pusat peradaban dunia pada ketika itu.
  • Zaman Renaissance berlangsung selama dua abad dari pertengahan abad ke 14 sehingga pertengahan abad ke 16. Ianya bermula di Itali kemudian telah merebak ke seluruh Eropah melalui perkembangan intelektual dan pemikiran manusia.
  • Zaman kebangkitan atau kelahiran semula dan pemulihan budaya masyarakat Eropah.
  • Hasil daripada Renaissance telah membuka jalan kepada kelahiran pelbagai aliran baru Eropah hingga abad ke 18 seperti Humanisme, rsionalisme, nasionalisme dan absolutisme.

Sumbangan Renaissance Kepada Eropah :

  • Kemunculan aliran pemikiran yang mementingkan kebebasan akal seperti alirn baru Eropah hingga abad ke 18 seperti Humanisme, rsionalisme, nasionalisme dan absolutisme berani mempersoalkan kepercayaan dan cara pemikiran lama yang diamalkan selama ini secara langsung melemhkan kekuasaan golongan feudal.
  • Itali telah menjadi pusat ilmu yang terkenal di Eropah pada abad ke 15. Hal ini terjadi apabila Kota constntinople dikuasai oleh Islam telah jatuh ke tangan orang Barat pada tahun 1453. Keadaan ini telah menyebabkan ramai para ilmuan Islam berhijrah ke pusat-pusat perdagangan di Itali. Ini menyebabkan Itali menjadi pusat intelektual terkenal di Eropah pada masa itu.
  • Renaissance telah membentuk masyarakat perdagangan yang berdaya maju. Keadaan ini telah melemahkan kedudukan dn kekuasaan golongan feudal yang sentiasa berusaha menyekat perkembangan ilmu dan masyarakat di Eropah.
  • Melahirkan tokoh-tokoh pemikir seperti Leonardo de Vinci yang terkenal sebagi pelukis, pemuzik dan ahli falsafah serta jurutera. Michelangelo merupakan tokoh seni, arkitek, jurutera, penyair dan ahli anotomi.
  • Melahirkan ahli-ahli sains terkenal seperti Copernicus dan Galileo.
  • Melahirkan ahli matematik seperti Tartaglia dan Cardan yang berusaha menghuraikan persamaan ganda tiga. Tartaglia orang pertama yang menggunakan konsep matematik dalam ketenteraan iaitu mengukur tembakan peluru mariam. Cardan terlibat dalam penghasilan ilmu algebra.
  • Selain itu, Renaissance telah melahirkan tokoh-tokoh perubatan di Eropah. Antara tokoh perubatan terkenal iaitu William Harvey yang telah memberi sumbangan dalam kajian peredaran darah.
  • Renaissance telah melahirkan masyarakat yang lebih progresif dan wujud semangat inquiri sehingga membawa kepada aktiviti penjelajahan dan penerokaan.

Friday, August 14th, 2009

9.1.1 Zaman Renaissance

Maksud Renaissance

  • Itali
  • Asas Pemikiran Humanisme
  • Cendekiawan Rom +Yunani
  • penghargaan semula ilmu
  • kelahiran semula
  • renisciment

Ciri-ciri Zaman Renaissance

  • Humanisme
  • Semangat inkuiri
  • Individualisme
  • Kemahiran diharagai
  • Pendidikan diutamakan

Mengapa bermula di Itali

  • Strategik
  • Aktiviti Perdagangan
  • Individualistik
  • Persaingan bandar-bandar Patron/penaung
  • golongan Paus/gereja

Kesan Zaman Renaissance

  • Ekonomi
  • Pengajaran
  • sosial
  • politik

Kesan Renaissance

  • Ekonomi maju
  • Ilmu
  • Humanisme
  • Emosi
  • Saradiri pupus
  • Monarki
  • Kuasa gereja
  • inkuiri
  • Penjelajahan
  • Logik
  • tokoh-tokoh

Politik
Kemunculan monarki baru

  • Asas- kerajaan pusat + k/satuan kebangsaan
  • kukuh-pembayaran cukai secara langsung
  • kesan- kuasa gereja+ bangsawan kurang
  • di England, Aragon, Perancis, Belanda

Ekonomi
Perubahan kegiatan ekonomi

  • tiada sara diri
  • perdagangan meluas
  • penerokaan berkembang seiring
  • kemajuan matematik, kartografi, astronomi

Sosial
Perubahan pemikiran & gaya hidup

  • manusia- zahirkan emosi
  • tunjuk dengan seni
  • menyuburkan keyakinan diri
  • perubahan sikap terhadap pendidikan
  • pemikiran dasar logik
  • pendidikan- pentingkan t/jawab sosial
  • menggunakan minda untuk memajukan kehidupan

Pengajaran

  • Harus mempunyai sikap inkuiri
  • Berani meneroka bidang baru

Tokoh-tokoh

1. ~Muzik~
     Johann Sebastian Bach (1685-1750)
2. ~Lukisan~
      Michelangelo(1475-1564)
3. ~Lukisan~
      Raphael (1483-1520)
4. ~Ukiran~
     Ghiberti(1378-1455)
5. ~Sains~
    Nicholas Copernicus(1473-1543)
6. ~Sains~
   Galileo Galilei(1564-1642)

Friday, August 14th, 2009

Renaissance Art Map

The Early Renaissance

 


Matteo di Giovanni



Collection:
Antonio Pollaiuolo



The High Renaissance and Mannerism


Biagio Rossetti


Benedetto Briosco


Collection:
Raphael

 

Friday, August 14th, 2009

Zaman Pembaharuan

Zaman Pembaharuan (bahasa Inggeris, bahasa Perancis: Renaissance, bahasa Itali: Rinascimento “Kelahiran semula”) ialah zaman pergerakan budaya yang bermula dari sekitar kurun ke-14 hingga kurun ke-17. Ia bermula di Itali pada akhir Zaman Pertengahan dan kemudiannya merebak ke seluruh Eropah. Zaman Pembaharuan melambangkan kelahiran semula Eropah dari tempoh ketandusan yang agak lama dengan kebangkitan dari segi perdagangan, penjelajahan, seni ukir, lukisan, muzik dan sains [1].

Bermula dengan zaman pembaharuan di Itali pada abad ke-15, ia membawa era baru di mana berlakunya:

  • penyambungan semula dunia Barat dengan bahan kepurbaan klasik
  • penyerapan ilmu – khususnya matematik – daripada Dunia Arab
  • penekanan kearah pengujikajian kesan pengaruh dari Dunia Arab
  • penumpuan kepada hidup selesa pada masa sekarang (umpamanya humanisme Zaman Pembaharuan)
  • letusan penyebaran pengetahuan yang disebabkan oleh pencetakan dan penciptaan teknik-teknik baru dalam bidang seni, puisi dan seni bina yang menyebabkan pula perubahan-perubahan yang pesat dalam gaya dan isi kandungan seni dan persuratan.

//

Gambaran keseluruhan

 

 

Lukisan Leonardo da Vinci, Vitruvian ManDe architecturaVitruvius, da Vinci cuba untuk melukis sesempurna mungkin bahagian-bahagian manusia. menunjukkan dengan jelas kesan pemikiran Zaman Pembaharuan terhadap penulis. Berdasarkan perincian dalam

Zaman Pembaharuan merupakan perubahan budaya yang mempengaruhi kehidupan intelek Eropah pada tempoh awal moden. Bermula di Itali, dan tersebar ke serata Eropah menjelang abad ke-16, pengaruhnya masih ada dalam kesusasteraan, falsafah, politik, seni, sains, agama dan aspek lain dalam penyelidikan intelek. Sarjana Zaman Pembaharuan menggunakan kaedah kemanusiaan dalam pembelajaran, dan mencari realisme dan emosi manusia dalam seni .

Pemikir Zaman Pembaharuan belajar dari teks purba, selalunya penulisan Latin atau Yunani purba. Sarjana-sarjana menubuhkan perpustakaan biara Eropah yang kemudian menjadi tidak popular. Dalam teks tersebut, mereka menemui hasrat untuk memperkembangkan dan menambah lagi pengetahuan mereka secara keduniaan; satu sentimen yang sangat berbeza kepada kerohanian transendental yang ditekankan oleh Kristian pertengahan. Mereka tidak menolak Kristian; malah kebanyakan hasil kerja Zaman Pembaharuan adalah ke arah uty, dan Gereja kebanyakannya menaungi hasil kerja seni Zaman Pembaharuan. Walau bagaimanapun, peralian kecil berlaku dalam pendekatan intelektual keagamaan yang terpantul dalam banyak aspek kebudayaan.[2]

Artis seperti Masaccio berusaha untuk menampilkan bentuk manusia secara realistik, memperkembangkan teknik untuk menonjolkan perspektif dan cahay dengan lebih semula jadi. Ahli falsafah politik, yang paling terkenal Niccolò Machiavelli, ingin memperihalkan kehidupan berpolitik seadanya dan memperkembangkan kerajaan dalam asasnya. Sebagai tambahan, untuk mempelajari Latin dan Yunani klasik, penulis juga mula meningkatkan penggunaan bahasa vernakular; digabungkan dengan penciptaan percetakan, ini membolehkan ramai orang untuk memperolehi buku, terutama Bible.[3]

Secara keseluruhannya, Zaman Pembaharuan boleh dilihat sebagai satu percubaan oleh para cendekiawan untuk belajar dan memperbaiki sekular dan keduniaan, kedua-duanya melalui pemulihan idea dari antikuiti dan pemikiran.

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in
This site is protected by Comment SPAM Wiper.